Thursday, June 24, 2010

Lesen Kopi 'O'

Jalan raya semakin sesak. Kereta semakin banyak. Pemandu-pemandu baru juga turut bertambah bilangannya. Maka kemalangan jalan raya semakin meningkat.

Tidak termasuk operasi pihak berkuasa semasa perayaan pun hari-hari ada berlaku kemalangan. Tambah pula semasa perayaan, memang banyak kemalangan berlaku. Yang sedihnya kematian di jalan raya juga semakin mendapat catatan yang tinggi.



Persoalan kita di sini, apakah pemandu-pemandu itu dapat lesen sah daripada JPJ atau hanya lesen kopi 'o'? Rata-rata pemandu-pemandu kereta yang aku tinjau memandu mengikut sesedap hati mereka.

Memecut laju dan memeotong sesuka hati. Paling sakit hati membelok ke kiri kanan pun sesuka hati. Mereka langsung tidak ambil peduli kereta-kereta yang mengekori di belakang.



Sikap pemandu sebegini perlu segera dibendung dalam mengurangkan kemalangan jalan raya. Pihak polis dan JPJ perlu mengambil langkah yang pro-aktif dalam menanganinya.

Tuesday, June 22, 2010

Surat Terbuka



Surat ini dihantar oleh penama dibawah melalui email SJ Alert, iaitu sebuah komuniti di Subang Jaya yang turut meliputi kawasan Puchong, Putra Heights, USJ dan sebahagian kawasan Shah Alam.

16/06/2010
Kepada:
Y.Bhg Dato’ Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.


Y.Bhg Dato’

PER : MASALAH TRAFIK DI PERSIMPANGAN USJ 21 / PUCHONG / SHAH ALAM


Merujuk kepada perkata diatas, saya ingin membangkitkan masalah trafik yang akan ujud tidak berapa lama lagi di persimpanagn tersebut jika langkah langkah positif tidak diambil dengan kadar yang segera.

Saya anggarkan, jika pendekatan yang positif tidak diambil, maka dalam masa kurang daripada 2 tahun, jalan keluar USJ ke Puchong dan Shah Alam akan tersumbat dengan limpahan trafik dalaman dan luaran.

Saya memberi pandanngan ini setelah mengkaji tempat tersebut dengan teliti. Antara fakta yang akan memberi sokongan kepada aduan ini ialah :

  1. Pada masa sedia ada, jalan menghala ke Puchong dari Subang Jaya sesak dengan kenderaan diwaktu pagi dan petang. Ia juga sesak apa bila ibu bapa dan bas datang mengambil murid murid sekolah di Sekolah Wawasan.
  2. Projek terbengkalai Newgate Avenue yang mempunyai 1,300 unit apartmen dan hampir 240,000 kaki persegi tapak komersil akan dibangunkan tidak lama lagi. Ia dijangkan siap pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012. Saya menganggarkan sekurang kurangnya hampir 2,000 kenderaan baru akan memasuki kawasan ini.
  3. Projek MCT di seberang USJ 21 sudah mula dibina. Projek mega ini akan membawa hampir 10,000 kenderaan apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2014.
  4. Setesen 10, Projek LRT akan ditempatkan hampir 100 meter daripada simpang USJ21/ Puchong/ Shah Alam. Tempat letak kereta yang sedia ada mempunyai kemampuan untuk meletak 513 kereta. Setesen Park & Ride ini akan membawa banyak kenderaan daripada kawasan berhampiran saperti Subang Heights dan Puchong kekawasan ini. Saya anggarkan hampir 2,000 kenderaan sehari.
  5. Projek Rhythm Avenue masih belum dipenuhi dengan penduduk. Projek yang kini dipanggil Digital Mall di USJ 19 mempunyai 1,100 unit apartmen. Hanya 50% daripada apartmen ini kini diduduki oleh orang.
Jika kita ambil kira jumlah kenderaan yang akan datang ke USJ dan jumlah kenderaan yang keluar pada setiap hari dan juga tambahan kenderaan baru kerana projek projek diatas, saya amat pasti bahawa kita akan melihat kekecohan lalulintas yang bukan sahaja akan mebuat kesesakan di simpang USJ 21 / Puchong / Shah Alam tetapi, kesesakan ini akan sampai hampir ke USJ10 ( Taipan ) kerana jumlah kenderaan yang amat banyak tertumpu kepada jalan keluar utama yang tidak dapat menampung jumlah kenderaan ini.

Pengunaan lampu isyarat di simpang USJ21 / Puchong / Shah Alam tidak akan dapat memastikan pergerakan trafik yang sistematik kerana lampu isyarat tidak akan dapat mengeluarkan kenderaan daripada kawasan ini secara efisen kerana hala kenderaan daripada Puchong ke USJ juga adalah amat banyak.

Jalan keluar untuk kesemua masalah ini ialah satu rangkaian Flyover yang akan membawa trafik keluar daripada Subang Jaya dan rangkaian jalan tanpa lampu isyarat yang akan membawa trafik masuk ke Subang Jaya. Lampu isyarat di Lebuh Raya LDP / NKVE juga harus dimansuhkan agar dapat trafik berjalan lancar ke Shah Alam. Jalan dihadapan dengan Kuil Mariaman haruslah dilebarkan kerana pada waktu sekarang pun, kawasan ini selalunya sesak.

Namun demikian, perancangan harus dibuat dengan teliti supaya perancangan ini akan membawa manafaat jangka masa panjang. Saya amat yakin, jika perancangan khusus tidak dibuat, dalam masa kurang daripada 2 tahun, keseluruhan USJ akan mengalami kesan trafik yang amat buruk.

Saya dengan rendah hati memberi pandangan saya kepada satu masalah yang akan terjadi dan berharapkan agar dapat pihak MPSJ dan mana mana pihak yang lain boleh mengambil initiatif untuk mengkaji masalah ini.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

Pritpal Singh Sidhu
Pengerusi
Jawatan Kuasa Pemilik
Rhythm Avenue & Newgate Avenue Subang Jaya

Maka adalah wajar pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak terafik jem berterusan. Sama-samalah kita renung-renungkan.

Monday, June 21, 2010

Poster Kereta

Dia tak mahu aku blogging separuh jalan. Atas dasar itu dia (Zainal Buang Hussein) memotivasikan aku dengan sumbangan 3 keping gambar kereta hasil lukisan dia.

Katanya dengan pengalaman yang ada pada aku berkait kereta/motor, banyak benda yang aku boleh ceritakan kepada pembaca. Jadi dia tak mahu aku berhenti setengah jalan.

Aku pun tak pasti sama ada aku mampu terus menulis. Tapi yang pasti aku akan cuba kerana banyak benda berkait kereta/motor yang tak disebarkan oleh media arus perdana.







Memiliki kereta atau motosikal jangan sampai kita jadi hamba kepada kenderaan kita itu.

Tayar Bocor




Kepada pelawat-pelawat blog 'Tayar Bocor' sukalah aku hulurkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih. Bual-cara aku dalam blog apa-apa berkaitan kereta motor dan juga secara tidak langsung melibatkan keselamatan jalan raya.

Kereta dan motosikal adalah kenderaan asas bagi kita semua sekarang ini. Boleh dikatakan semua orang tahu pandu kereta ataupun tunggang motosikal. Tetapi sayang bukan semua tahu cara-caranya. Cara mandu dengan betul, cara menunggang dengan selamat dan termasuklah cara menjaga kenderaan kita itu. Bukan semua orang tahu.

Ramai yang tahu start enjin...jalan! Enjin tak boleh start, panggil mekanik. Habis-habis tak ada mekanik, cuba godek sendiri mana yang rasa-rasa tahu. Tetapi sebenarnya tak tahu apa-apa, akhirnya lagi jahaman dibuatnya.

Jaga kereta bukan setakat basuh bila kotor, hantar servis bila dah sampai masa. Tapi ia lebih dari itu. Nanti kita akan berbual panjang tentang ini. Tapi yang penting sekali, tayar jangan sampai bocor.