Wednesday, July 21, 2010

Undang-undang Kita Sendiri



Memandu sama ada kereta, lori, bas atau apa saja dan juga menunggang motosikal tak kiralah kapcai ataupun superbike di tempat kita ini memang seronok.

Pergilah tanya sape2 pun...memang tak ada komplen! Memang seronok...! Sebabnya undang2 di tangan kira kita sendiri. Pihak berkuasa tak ada masa nak pantau kesalahan kita. Maka kita boleh bermaharajalela kat jalan raya.

Kita nak double parking...triple parking pun tak ada orang marah. Kalau pihak berkuasa tegur, alihkan aje kereta. Bila mereka dah belah...kita parking balik.

Nak belok kanan mahupun belok kiri, masuk aje! Tak payah bagi signal. Kalau drebar lain marah, marahkan dia balik! Itukan dah adat kita di jalan raya.

Sambil mandu sambil cakap hanfon pun tak masalah. Nampak pihak berkuasa...letak sekejap hanfon tu...lepas itu cakap balik. Itukan dah resam kita sejak zaman hanfon ni. Bukan setakat bercakap aje...bahkan boleh SMS atau MMS sambil mandu.



Bila traffic jam kat highway...apa susah...masuk aje lorong kecemasan! Janji kita lepas ke depan. Kereta lain peduli apa! Itu kan dah budaya kita...!!

Minta pihak berwajib sila ambil perhatian pada coretan ini. Selagi budaya pemandu dengan undang-undang di tangan mereka sendiri, selagi itu kes kemalangan jalan raya akan bertambah.- TB.