Monday, October 18, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Undang-undang Kita Sendiri



Memandu sama ada kereta, lori, bas atau apa saja dan juga menunggang motosikal tak kiralah kapcai ataupun superbike di tempat kita ini memang seronok.

Pergilah tanya sape2 pun...memang tak ada komplen! Memang seronok...! Sebabnya undang2 di tangan kira kita sendiri. Pihak berkuasa tak ada masa nak pantau kesalahan kita. Maka kita boleh bermaharajalela kat jalan raya.

Kita nak double parking...triple parking pun tak ada orang marah. Kalau pihak berkuasa tegur, alihkan aje kereta. Bila mereka dah belah...kita parking balik.

Nak belok kanan mahupun belok kiri, masuk aje! Tak payah bagi signal. Kalau drebar lain marah, marahkan dia balik! Itukan dah adat kita di jalan raya.

Sambil mandu sambil cakap hanfon pun tak masalah. Nampak pihak berkuasa...letak sekejap hanfon tu...lepas itu cakap balik. Itukan dah resam kita sejak zaman hanfon ni. Bukan setakat bercakap aje...bahkan boleh SMS atau MMS sambil mandu.



Bila traffic jam kat highway...apa susah...masuk aje lorong kecemasan! Janji kita lepas ke depan. Kereta lain peduli apa! Itu kan dah budaya kita...!!

Minta pihak berwajib sila ambil perhatian pada coretan ini. Selagi budaya pemandu dengan undang-undang di tangan mereka sendiri, selagi itu kes kemalangan jalan raya akan bertambah.- TB.

Wednesday, July 14, 2010

MPSJ Tempat Curi Kereta

Minggu lepas aku ada siarkan satu emel pasal sebuah Estima kena curi kat kawasan parking MPSJ. Memandangkan kawasan itu dilengkapi CCTV, pengadu minta polis lihat CCTV itu.

Tapi alasan pihak polis kena tunggu 3 bulan untuk dapat kelulusan pihak MPSJ. Kelakar juga bila polis kena tunggu 3 bulan untuk lihat CCTV MPSJ.

Kereta ni sah tak ada orang nak curi.

Di bawah ini pula emel jawapan daripada pihak MPSJ.

I'm sorry that your car got stolen.. Just for your information, MPSJ's CCTV is linked to IPD Subang Jaya (not USJ8 police station). They don't need MPSJ's permission to access, they already have it. But even if they forget how to use the CCTV, they can just walk in to MPSJ (I have done this myself) and our technicians can pull up the feed from any camera at any specific time within minutes, not 3 months.

However, the downside to our CCTV system, there is only 90 CCTV, and MPSJ is so huge, only fractions of it are covered. The parking lots outside MPSJ along Persiaran Perpaduan are unfortunately not watched by any camera.


Jadi aku minta pembaca buat andaian sendiri. Siapa yang bekerja dan siapa yang tak bekerja.

Ini masalah kereta kena curi. Kita buat aduan kat polis, minta bantuan dan kerjasama. Kalau-kalau kereta tu boleh dapat balik atau pencurinya dapat dikesan.

Kalau anda baca emel di bawah ini pula, maknanya kawasan parking kat bangunan MPSJ itu adalah sasaran pencuri kereta.

Hello Folks,
This is not the 1st nor 2nd time a vehicle has been stolen from this parking lot just adjacent to MPSJ.
A architect was there to get his plans submitted & soon after he was done at the office he walked to his "parking lot" only to see a EMPTY SPACE ,, BUT SHATTERED GLASS from the broken window was visible on the "parking lot". The thieves were so efficient that they can break the steering wheel lock too besides getting into the vehicle UNNOTICED??
Do you think the MPSJ can be bothered with your problem? Did anyone think MPSJ enforcement guys care if this has happened to YOU? Their main concern is to hang around the entire of TAI PAN area to get as many "tickets issued" as they can everyday ,, for BIG INCOME SHARE.
Have you been a victim of such MEANIES (as I refer them besides other name calling) who can write a ticket & place it on your vehicle but the next few vehicles has none??
THINK!!! I decided to take snap shots of the vehicles few minutes after I got back ,,, mind you ,,, just hardly 10 minutes & this happened & this TWERP was watching me park & ran in to get something & back in a jiffy but he decided I was a good pick ,, did you think the 3 other vehicles have paid him not to write that ticket??
YOUR GUESS!!!


Jadi kalau pergi ke MPSJ baik-baik berhati-hati. Nak selamat pandu kereta macam kat gambar atas tu.

Tuesday, July 6, 2010

Car Stolen at MPSJ



My 1 yr old Estima was carjacked on Thursday July 1 approx 3pm-4.15pm. I parked in the 4th space from the guard house/exit alongside the padang whilst going in to pay assessment.

It's a valid MPSJ parking, merely 50m from the guard. I'm devastated! Pretty unbelievable!

There are a few things that I'm pretty mad about. When police report was made, the IO told us that they have no access to the MPSJ CCTV at the busy junction, which they claimed to be linked to in the 1st place!! They need to write in and it'll take 3 months!

That means we, taxpayers whose money it was that was used to install these cameras have no access to them when urgently required. By then of course it won't help much as it'll not be clear..so why have them in the 1st place?

To make matters worse, that row of parking is a hotspot for lost cars. This was told to me by chance by their staff! Cases range from 6.30am - 4.30pm.

Really shame on them for not doing anything about this as we have to park there to go about our dealings with them.

So everyone, please be on the alert if you need to park there.

Sunday, July 4, 2010

Lebuhraya Aku Punya



"Lebuhraya aku punya".
Kalau tak percaya tanya semua pemandu-pemandu. Tak kiralah sama ada pemandu bas express, pemandu lori mahupun pemandu kereta! Semuanya bermaharajalela bila memandu di lebuhraya.

"Bagaimana dengan aturan had laju 110kph?"
Pergi jahaman dengan aturan itu! Itu peraturan zaman kuno. Kereta zaman ini semuanya dah berteknologi tinggi...semuanya high powered, mana boleh nak layan 110kph? Boleh meleleh air liur basi kalau mandu 110kph dari Kolumpor ke Bukit Kayu Hitam.

"Lebuhraya kini dah 3 lorong, tentu selesa, kan?"
Itu pasal kena henjut laju laju. Litar SIC dijadikan litar F1, itu pasal litar Batu 3 yang dah outdated dirobohkan. Kerjaan memang nak semua pemandu kita mandu macam pemandu F1. Kalau mandu slow kena langgar!!

"Mandu slow di lorong tengah lebuhraya"?
Itu yang celaka tu...!!! Kalau mandu slow...tak reti reti! Duduklah sebelah kiri! Janganlah menyusahkan orang yang memandu laju. Bas express 2 tingkat pun mandu sebelah kanan. Lori tanker kosong pun mamndu sebelah kanan. Semuanya nak berentap dengan kereta.

"Kalau terbabas mandu laju"?
Ala...bukan susah! Tow truck banyak, kan! Tarik kereta ke bengkel, claim insuran. Total lost lagi bagus. Beli kereta baru.

"Kalau cedera?"
Hospital banyak, kan? Nak layanan bagus masuk hospital swasta.

"Kalau mati?"
Ala...hidup sekali aje! Mati pun sekali juga! Dah mati, tanam aje la!!

Friday, July 2, 2010

USJ Sasaran Pencuri Kereta

Residen USJ Subang Jaya kebelakangan ini dilanda ketakutan akibat kawasan sekitar dan berhampiran menjadi sasaran pencuri kereta. Betapa pun kereta-kereta mereka dikunci dan dilengkapi dengan alat penggera, namun pencuri-pencuri ini lebih profesional.

Bagi mereka untuk mematikan alarm langsung tidak menghadapi masalah. Sehinggakan lebih teruk lagi kereta-kereta yang parking dalam kawasan rumah pun boleh kena curi. Adakala tow-truck juga digunakan sebagai kemudahan untuk mencuri kereta.

Kelebihan residen di USJ Subang Jaya dan kawasan sekitar ialah mereka mempunyai komuniti grup yang dikenali sebagai SJ Alert. Seandainya apa-apa kejadian berlaku, residen dimaklumkan melalui e-mel oleh grup itu dan e-mel itu juga on-line dengan semua balai polis berhampiran.

Di bawah saya siarkan dua e-mel daripada pengadu mangsa kecurian kereta.

E-mail 1
Hi Robert,
Yesterday between 3 to 5 am, a car was stolen along USJ3/3E. Please warn the residents around the area to be extra careful and vigilant. Thanks and regards,

Andy Lam
USJ3/1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

E-mail 2
Dear residence of USJ ,

Yesterday afternoon I nearly become a victim of car theft

Around 1:00 pm I parked my car in front of my house with steering lock and alarm on and the doors locked. Then I went in to my house for lunch. I did not hear noise or alarm sound but after 10 minutes when I got out of my house my car was GONE !!!!

The sad thing is that when I called police number immediately and requested for help and guess what ? I was asked to call another number in USJ 8. Then the lady on the phone asked me to go to USJ 8 police station to make a report first although I asked her to alert the patrol cars around this area first because my car was missing just a mere 5 to 10 minutes hence it must be somewhere around USJ area ! I do not know whether she had alerted the patrol cars.

By the time I get a friend to send me to USJ 8 poice station my wife called to inform me that she found the car. The car was abandoned about 50 meters from my house. I rushed to the scene and found my car is still locked and with alarm armed and the steering lock is still in place.

According to one eye witness my car was abandoned in the middle of the road ( I guess it was been towed and some how it detached from the tow truck) causing traffic problem and some drivers pushed my car to the road side. However the eye witness did not notice when was my car abandoned what she only heard was many cars horned because my car was blocking the traffic.

I was lucky that I got my car back but many others are not as lucy. So please be extra careful when you park your car and look out for suspicious tow truck going around your area. They could be looking for target to steal.

Nick

E-mail 3

Please share a bit more info like which area you are staying and what model of car you own so that others have some idea of the area where these thugs operate and the make of cars they are targetting.

Thanks and Rgds.
Patrick

Thursday, July 1, 2010

Jangan Kereta Bawa Kita

Mandu kereta semua orang boleh mandu. Masuk gear tekan minyak...jalan! Tambah sekarang banyak kereta gear otomatik. Start enjin...tekan minyak...jalan!!



Last last bukan dia yang bawa kereta, tapi kereta bawa dia. Kerana itulah sekarang semakin banyak accident. Kalau tak berlanggar sesama sendiri, langar tiang lampu, langgar papan tanda.

Habis habis dah tak benda nak langgar, plaza tol pun boleh jadi mangsa. Mana tidaknya, tiap kali nak masuk plaza tol semua berebut lorong. Semua nak cepat. Kalau boleh mencelah...mencelah aje. Peduli apa orang lain. Tak boleh kawal kereta, langgar aje pondok tol tu...!!!

Sebenarnya etika memandu tak ada lagi dalam diri pemandu-pemandu kita. Semua pentingkan diri sendiri. Maka kerana itu kemalangan jalan raya berterusan berlaku.

Thursday, June 24, 2010

Lesen Kopi 'O'

Jalan raya semakin sesak. Kereta semakin banyak. Pemandu-pemandu baru juga turut bertambah bilangannya. Maka kemalangan jalan raya semakin meningkat.

Tidak termasuk operasi pihak berkuasa semasa perayaan pun hari-hari ada berlaku kemalangan. Tambah pula semasa perayaan, memang banyak kemalangan berlaku. Yang sedihnya kematian di jalan raya juga semakin mendapat catatan yang tinggi.



Persoalan kita di sini, apakah pemandu-pemandu itu dapat lesen sah daripada JPJ atau hanya lesen kopi 'o'? Rata-rata pemandu-pemandu kereta yang aku tinjau memandu mengikut sesedap hati mereka.

Memecut laju dan memeotong sesuka hati. Paling sakit hati membelok ke kiri kanan pun sesuka hati. Mereka langsung tidak ambil peduli kereta-kereta yang mengekori di belakang.



Sikap pemandu sebegini perlu segera dibendung dalam mengurangkan kemalangan jalan raya. Pihak polis dan JPJ perlu mengambil langkah yang pro-aktif dalam menanganinya.

Tuesday, June 22, 2010

Surat Terbuka



Surat ini dihantar oleh penama dibawah melalui email SJ Alert, iaitu sebuah komuniti di Subang Jaya yang turut meliputi kawasan Puchong, Putra Heights, USJ dan sebahagian kawasan Shah Alam.

16/06/2010
Kepada:
Y.Bhg Dato’ Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.


Y.Bhg Dato’

PER : MASALAH TRAFIK DI PERSIMPANGAN USJ 21 / PUCHONG / SHAH ALAM


Merujuk kepada perkata diatas, saya ingin membangkitkan masalah trafik yang akan ujud tidak berapa lama lagi di persimpanagn tersebut jika langkah langkah positif tidak diambil dengan kadar yang segera.

Saya anggarkan, jika pendekatan yang positif tidak diambil, maka dalam masa kurang daripada 2 tahun, jalan keluar USJ ke Puchong dan Shah Alam akan tersumbat dengan limpahan trafik dalaman dan luaran.

Saya memberi pandanngan ini setelah mengkaji tempat tersebut dengan teliti. Antara fakta yang akan memberi sokongan kepada aduan ini ialah :

  1. Pada masa sedia ada, jalan menghala ke Puchong dari Subang Jaya sesak dengan kenderaan diwaktu pagi dan petang. Ia juga sesak apa bila ibu bapa dan bas datang mengambil murid murid sekolah di Sekolah Wawasan.
  2. Projek terbengkalai Newgate Avenue yang mempunyai 1,300 unit apartmen dan hampir 240,000 kaki persegi tapak komersil akan dibangunkan tidak lama lagi. Ia dijangkan siap pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012. Saya menganggarkan sekurang kurangnya hampir 2,000 kenderaan baru akan memasuki kawasan ini.
  3. Projek MCT di seberang USJ 21 sudah mula dibina. Projek mega ini akan membawa hampir 10,000 kenderaan apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2014.
  4. Setesen 10, Projek LRT akan ditempatkan hampir 100 meter daripada simpang USJ21/ Puchong/ Shah Alam. Tempat letak kereta yang sedia ada mempunyai kemampuan untuk meletak 513 kereta. Setesen Park & Ride ini akan membawa banyak kenderaan daripada kawasan berhampiran saperti Subang Heights dan Puchong kekawasan ini. Saya anggarkan hampir 2,000 kenderaan sehari.
  5. Projek Rhythm Avenue masih belum dipenuhi dengan penduduk. Projek yang kini dipanggil Digital Mall di USJ 19 mempunyai 1,100 unit apartmen. Hanya 50% daripada apartmen ini kini diduduki oleh orang.
Jika kita ambil kira jumlah kenderaan yang akan datang ke USJ dan jumlah kenderaan yang keluar pada setiap hari dan juga tambahan kenderaan baru kerana projek projek diatas, saya amat pasti bahawa kita akan melihat kekecohan lalulintas yang bukan sahaja akan mebuat kesesakan di simpang USJ 21 / Puchong / Shah Alam tetapi, kesesakan ini akan sampai hampir ke USJ10 ( Taipan ) kerana jumlah kenderaan yang amat banyak tertumpu kepada jalan keluar utama yang tidak dapat menampung jumlah kenderaan ini.

Pengunaan lampu isyarat di simpang USJ21 / Puchong / Shah Alam tidak akan dapat memastikan pergerakan trafik yang sistematik kerana lampu isyarat tidak akan dapat mengeluarkan kenderaan daripada kawasan ini secara efisen kerana hala kenderaan daripada Puchong ke USJ juga adalah amat banyak.

Jalan keluar untuk kesemua masalah ini ialah satu rangkaian Flyover yang akan membawa trafik keluar daripada Subang Jaya dan rangkaian jalan tanpa lampu isyarat yang akan membawa trafik masuk ke Subang Jaya. Lampu isyarat di Lebuh Raya LDP / NKVE juga harus dimansuhkan agar dapat trafik berjalan lancar ke Shah Alam. Jalan dihadapan dengan Kuil Mariaman haruslah dilebarkan kerana pada waktu sekarang pun, kawasan ini selalunya sesak.

Namun demikian, perancangan harus dibuat dengan teliti supaya perancangan ini akan membawa manafaat jangka masa panjang. Saya amat yakin, jika perancangan khusus tidak dibuat, dalam masa kurang daripada 2 tahun, keseluruhan USJ akan mengalami kesan trafik yang amat buruk.

Saya dengan rendah hati memberi pandangan saya kepada satu masalah yang akan terjadi dan berharapkan agar dapat pihak MPSJ dan mana mana pihak yang lain boleh mengambil initiatif untuk mengkaji masalah ini.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

Pritpal Singh Sidhu
Pengerusi
Jawatan Kuasa Pemilik
Rhythm Avenue & Newgate Avenue Subang Jaya

Maka adalah wajar pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak terafik jem berterusan. Sama-samalah kita renung-renungkan.

Monday, June 21, 2010

Poster Kereta

Dia tak mahu aku blogging separuh jalan. Atas dasar itu dia (Zainal Buang Hussein) memotivasikan aku dengan sumbangan 3 keping gambar kereta hasil lukisan dia.

Katanya dengan pengalaman yang ada pada aku berkait kereta/motor, banyak benda yang aku boleh ceritakan kepada pembaca. Jadi dia tak mahu aku berhenti setengah jalan.

Aku pun tak pasti sama ada aku mampu terus menulis. Tapi yang pasti aku akan cuba kerana banyak benda berkait kereta/motor yang tak disebarkan oleh media arus perdana.







Memiliki kereta atau motosikal jangan sampai kita jadi hamba kepada kenderaan kita itu.

Tayar Bocor




Kepada pelawat-pelawat blog 'Tayar Bocor' sukalah aku hulurkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih. Bual-cara aku dalam blog apa-apa berkaitan kereta motor dan juga secara tidak langsung melibatkan keselamatan jalan raya.

Kereta dan motosikal adalah kenderaan asas bagi kita semua sekarang ini. Boleh dikatakan semua orang tahu pandu kereta ataupun tunggang motosikal. Tetapi sayang bukan semua tahu cara-caranya. Cara mandu dengan betul, cara menunggang dengan selamat dan termasuklah cara menjaga kenderaan kita itu. Bukan semua orang tahu.

Ramai yang tahu start enjin...jalan! Enjin tak boleh start, panggil mekanik. Habis-habis tak ada mekanik, cuba godek sendiri mana yang rasa-rasa tahu. Tetapi sebenarnya tak tahu apa-apa, akhirnya lagi jahaman dibuatnya.

Jaga kereta bukan setakat basuh bila kotor, hantar servis bila dah sampai masa. Tapi ia lebih dari itu. Nanti kita akan berbual panjang tentang ini. Tapi yang penting sekali, tayar jangan sampai bocor.