Mandu kereta semua orang boleh mandu. Masuk gear tekan minyak...jalan! Tambah sekarang banyak kereta gear otomatik. Start enjin...tekan minyak...jalan!!
Last last bukan dia yang bawa kereta, tapi kereta bawa dia. Kerana itulah sekarang semakin banyak accident. Kalau tak berlanggar sesama sendiri, langar tiang lampu, langgar papan tanda.
Habis habis dah tak benda nak langgar, plaza tol pun boleh jadi mangsa. Mana tidaknya, tiap kali nak masuk plaza tol semua berebut lorong. Semua nak cepat. Kalau boleh mencelah...mencelah aje. Peduli apa orang lain. Tak boleh kawal kereta, langgar aje pondok tol tu...!!!
Sebenarnya etika memandu tak ada lagi dalam diri pemandu-pemandu kita. Semua pentingkan diri sendiri. Maka kerana itu kemalangan jalan raya berterusan berlaku.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen yang ikhlas dan jujur.