Jalan raya semakin sesak. Kereta semakin banyak. Pemandu-pemandu baru juga turut bertambah bilangannya. Maka kemalangan jalan raya semakin meningkat.
Tidak termasuk operasi pihak berkuasa semasa perayaan pun hari-hari ada berlaku kemalangan. Tambah pula semasa perayaan, memang banyak kemalangan berlaku. Yang sedihnya kematian di jalan raya juga semakin mendapat catatan yang tinggi.
Persoalan kita di sini, apakah pemandu-pemandu itu dapat lesen sah daripada JPJ atau hanya lesen kopi 'o'? Rata-rata pemandu-pemandu kereta yang aku tinjau memandu mengikut sesedap hati mereka.
Memecut laju dan memeotong sesuka hati. Paling sakit hati membelok ke kiri kanan pun sesuka hati. Mereka langsung tidak ambil peduli kereta-kereta yang mengekori di belakang.
Sikap pemandu sebegini perlu segera dibendung dalam mengurangkan kemalangan jalan raya. Pihak polis dan JPJ perlu mengambil langkah yang pro-aktif dalam menanganinya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen yang ikhlas dan jujur.