Surat ini dihantar oleh penama dibawah melalui email SJ Alert, iaitu sebuah komuniti di Subang Jaya yang turut meliputi kawasan Puchong, Putra Heights, USJ dan sebahagian kawasan Shah Alam.
16/06/2010
Kepada:
Y.Bhg Dato’ Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Y.Bhg Dato’
PER : MASALAH TRAFIK DI PERSIMPANGAN USJ 21 / PUCHONG / SHAH ALAM
Merujuk kepada perkata diatas, saya ingin membangkitkan masalah trafik yang akan ujud tidak berapa lama lagi di persimpanagn tersebut jika langkah langkah positif tidak diambil dengan kadar yang segera.
Saya anggarkan, jika pendekatan yang positif tidak diambil, maka dalam masa kurang daripada 2 tahun, jalan keluar USJ ke Puchong dan Shah Alam akan tersumbat dengan limpahan trafik dalaman dan luaran.
Saya memberi pandanngan ini setelah mengkaji tempat tersebut dengan teliti. Antara fakta yang akan memberi sokongan kepada aduan ini ialah :
- Pada masa sedia ada, jalan menghala ke Puchong dari Subang Jaya sesak dengan kenderaan diwaktu pagi dan petang. Ia juga sesak apa bila ibu bapa dan bas datang mengambil murid murid sekolah di Sekolah Wawasan.
- Projek terbengkalai Newgate Avenue yang mempunyai 1,300 unit apartmen dan hampir 240,000 kaki persegi tapak komersil akan dibangunkan tidak lama lagi. Ia dijangkan siap pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012. Saya menganggarkan sekurang kurangnya hampir 2,000 kenderaan baru akan memasuki kawasan ini.
- Projek MCT di seberang USJ 21 sudah mula dibina. Projek mega ini akan membawa hampir 10,000 kenderaan apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2014.
- Setesen 10, Projek LRT akan ditempatkan hampir 100 meter daripada simpang USJ21/ Puchong/ Shah Alam. Tempat letak kereta yang sedia ada mempunyai kemampuan untuk meletak 513 kereta. Setesen Park & Ride ini akan membawa banyak kenderaan daripada kawasan berhampiran saperti Subang Heights dan Puchong kekawasan ini. Saya anggarkan hampir 2,000 kenderaan sehari.
- Projek Rhythm Avenue masih belum dipenuhi dengan penduduk. Projek yang kini dipanggil Digital Mall di USJ 19 mempunyai 1,100 unit apartmen. Hanya 50% daripada apartmen ini kini diduduki oleh orang.
Pengunaan lampu isyarat di simpang USJ21 / Puchong / Shah Alam tidak akan dapat memastikan pergerakan trafik yang sistematik kerana lampu isyarat tidak akan dapat mengeluarkan kenderaan daripada kawasan ini secara efisen kerana hala kenderaan daripada Puchong ke USJ juga adalah amat banyak.
Jalan keluar untuk kesemua masalah ini ialah satu rangkaian Flyover yang akan membawa trafik keluar daripada Subang Jaya dan rangkaian jalan tanpa lampu isyarat yang akan membawa trafik masuk ke Subang Jaya. Lampu isyarat di Lebuh Raya LDP / NKVE juga harus dimansuhkan agar dapat trafik berjalan lancar ke Shah Alam. Jalan dihadapan dengan Kuil Mariaman haruslah dilebarkan kerana pada waktu sekarang pun, kawasan ini selalunya sesak.
Namun demikian, perancangan harus dibuat dengan teliti supaya perancangan ini akan membawa manafaat jangka masa panjang. Saya amat yakin, jika perancangan khusus tidak dibuat, dalam masa kurang daripada 2 tahun, keseluruhan USJ akan mengalami kesan trafik yang amat buruk.
Saya dengan rendah hati memberi pandangan saya kepada satu masalah yang akan terjadi dan berharapkan agar dapat pihak MPSJ dan mana mana pihak yang lain boleh mengambil initiatif untuk mengkaji masalah ini.
Sekian. Terima kasih.
Saya yang benar,
Pritpal Singh Sidhu
Pengerusi
Jawatan Kuasa Pemilik
Rhythm Avenue & Newgate Avenue Subang Jaya
Maka adalah wajar pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak terafik jem berterusan. Sama-samalah kita renung-renungkan.
Nice, Blog
ReplyDeleteThanks for your visit.
ReplyDelete