Sunday, July 4, 2010

Lebuhraya Aku Punya



"Lebuhraya aku punya".
Kalau tak percaya tanya semua pemandu-pemandu. Tak kiralah sama ada pemandu bas express, pemandu lori mahupun pemandu kereta! Semuanya bermaharajalela bila memandu di lebuhraya.

"Bagaimana dengan aturan had laju 110kph?"
Pergi jahaman dengan aturan itu! Itu peraturan zaman kuno. Kereta zaman ini semuanya dah berteknologi tinggi...semuanya high powered, mana boleh nak layan 110kph? Boleh meleleh air liur basi kalau mandu 110kph dari Kolumpor ke Bukit Kayu Hitam.

"Lebuhraya kini dah 3 lorong, tentu selesa, kan?"
Itu pasal kena henjut laju laju. Litar SIC dijadikan litar F1, itu pasal litar Batu 3 yang dah outdated dirobohkan. Kerjaan memang nak semua pemandu kita mandu macam pemandu F1. Kalau mandu slow kena langgar!!

"Mandu slow di lorong tengah lebuhraya"?
Itu yang celaka tu...!!! Kalau mandu slow...tak reti reti! Duduklah sebelah kiri! Janganlah menyusahkan orang yang memandu laju. Bas express 2 tingkat pun mandu sebelah kanan. Lori tanker kosong pun mamndu sebelah kanan. Semuanya nak berentap dengan kereta.

"Kalau terbabas mandu laju"?
Ala...bukan susah! Tow truck banyak, kan! Tarik kereta ke bengkel, claim insuran. Total lost lagi bagus. Beli kereta baru.

"Kalau cedera?"
Hospital banyak, kan? Nak layanan bagus masuk hospital swasta.

"Kalau mati?"
Ala...hidup sekali aje! Mati pun sekali juga! Dah mati, tanam aje la!!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen yang ikhlas dan jujur.